CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 9 Julai 2010

Kem BiStArI SolaT FaSa 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya KAMI berjaya menjalankan satu lagi KEM BISTARI SOLAT untuk tahun ini.
Bagi kali ini, murid2 yang terlibat adalah seramai 82 orang yang terdiri dari murid-murid tahun 1A, 1B, 2B, 3B dan 5B.
Kami memulakan aktiviti KBS ini dengan acara yang agak santai terlebih dahulu iaitu dengan mengadakan permainan "LONTARAN JAMRAH". Untuk aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada lebih kurang 20 orang murid. setiap kumpulan akan diselia oleh seorang fasilitator yang kesemuanya dari Panitia Agama Islam SKBP.
permainan lontaran jamrah ini, tidak ubah seperti permainan bola beracun, tetapi ianya menggunakan belon yang berisi air. setiap murid yang terkena lontaran dianggap mati dan keluar dari bulatan. bezanya di sini, kami tetap menerapkan dan menitik beratkan tujuan asal kem iaitu ilmu SOLAT.
permainan ini bukan sekadar permainan semata. kami turut menyediakan beberapa soalan berkenaan wuduk dan solat kepada murid sepanjang permainan berjalan. seorang wakil kumpulan akan diajukan dengan soalan yang telah disediakan, dan jika berjaya menjawabnya, seorang rakan mereka yang telah mati permainannya layak diseap masuk kembali.
dari apa yang kami lihat, murid2 ini seronok dan memberi kerjasama yang baik sepanjang permainan berjalan.


seusai tamat permainan, aktiviti diteruskan dengan penerangan bab wudhu'. berbagai aktiviti dibuat bagi memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu wuduk dengan sebaiknya. daripada soalan2 secara spontan hinggalah lakonan dan kuiz berkenaan wudhu' diajukan, alhamdulillah, kami mendapati sebahagian besar murid dapat melakukannya dengan baik. cumanya, ketika praktikal wudhu' berjalan, didapati masih ade jugak murid-murid yang masih tertanya-tanya urutan anggota wudhu' yang sepatutnya.

selepas menjamu selera dengan hidangan nasi goreng yang ditempah khas dari kantin sekolah, kem diteruskan dengan slot 'tatacara solat'. sejujurnya...,kami amat sedih bila melihat kebanyakan dari murid-murid ini tidak tahu solat n tidak dititik beratkan dengan ibadah solat. lebih menyedihkan, kami tidak mampu untuk menyempurnakan slot tatacara solat ini hingga akhirnya kerana kami terhenti pada lafaz niat solat fardhu. kami terpaksa mengambil masa yang terlalu panjang untuk memastikan murid-murid dapat menguasai lafaz niat ini. sehingga tamat waktu kem berjalan, tetap masih ada lebih dari 5 orang murid yang tidak mampu menguasai.

secara ikhlas, kami kasihan dengan nasib anak-anak ini jika mereka terus menginjak usia dewasa dalam keadaan tidak tahu solat n tidak menunaikan solat. insyaalah, kami akan cuba mencari masa terbaik untuk mengadakan satu lagi KBS untuk 82 orang murid ini agar ilmu yang dicurahkan tidak hanya separuh jalan.
kami berharap kami akan berjaya dalam usaha kami ini.

YA ALLAH....BERI KAMI KEKUATAN DAN KEIKHLASAN~

dibawah ini, sebahagian dari gambar2 aktiviti outdor yang kami jalankan. ianya tidak termasuk sesi penerangan di dalam makmal.
insyaallah, pihak kami akan berusaha meng'upload' lagi sebahagian gambar sewaktu sesi perbincangan dan teori. insyaallah.........



setiap murid berdebar2 menantikan nama masing-masing disebut untuk pembahagian kumpulan. relax la dik...,mmg semua kene campur2. xboleh pilih kawan2 sendiri.




permainan lontaran jamrah telah bermula. tengoklah aksi mereka tu, bukan setakat murid-murid je yang seronok, cikgunye pn xlepaskan peluang main sama.




antara belon2 yang bakal digunakan untuk permainan lontaran jamrah. cuba lihat..., dengan bangganya murid-murid ini memegang belon masing2 dengan harapan lontaran mengena. tapi.....kene ker????? hahahaha...




praktikal wudhuk bersama fasilitator masing2.




sempat pulak la diaorang di berposing sebelum kem bermula.... xpe la, asal korang enjoy dan tak rasa kem ni bosan utk korang dah la.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan