CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 9 Julai 2010

Kem BiStArI SolaT [ next part ]

assalamualaikum....

bersua sekali lagi untuk meneruskan penceritaan dan laporan KEM BISTARI SOLAT yang baru sahaja berlangsung. sebagaimana yang dijanjikan, KAMI telah meng'upload' sebahagian lagi gambar2 sewaktu KBS berjalan.

kali ini, gambar2 sewaktu aktiviti penerangan yang dijalankan di dalam makmal komputer SKBP..., terima kasih pada pihak sekolah n makmal yang memberi keizinan untuk KAMI menggunakan tempat mereka untuk aktiviti ini.

tapi.......kenapa ada gambar 2orang ustaz n seorang ustazah sahaja yerk? katanya 4 orang fasilitator yang terlibat???.... ha, jgn salah faham, sebenarnya cikgu yang sorang lagi tu bukan xde dalam aktiviti KBS kali ni, malah dia sentiasa ada bersama. tapi nak buat macam mana, kalau yang ambil gambar tu dia sendiri... hahahahahah... xkan la nak letak gambar sndiri kan....

ok lah..., inilah dia sebahagian gambar2 yang sempat kami upload sekali lagi untuk tontonan semua...



amboi ustaz ikram..., garangnyer! siap pegang rotan lagi tu... ustazah mahani tgk jerk.. risau gak, nanti xpasal2 dia sekali pn kene libas jugak. hahahahaha.... tp dont wory, ustz ikram tu baik..., acah je tu.. [ye ke ikram????]hehehe..




saat2 yang mendebarkan dada murid-murid yang masih belum dapat menghafal lafaz niat solat zuhur dan asar. alamak...,takutnyer ngan ustaz azam. rilex la ustaz, jgn marah2. kalau ustaz marah, lagi kitaorang xterkeluar suara....




latih tubi amali wuduk sebelum murid-murid ini dibawa ke tempat berwuduk oleh fasilitator masing2... ala, kacang je la ustaz amik wuduk tu... hahaha




ketua kumpulan beraksi di hadapan bagi menunjukkan kehebatan masing2. kumpulan mana yang paling sedikit kesalahannya, dialah yang bakal jd juara... kumpulan mana la yang akan menang agaknye yek???




berderau darah si Ayish n Norizwan bila ditanya secara spontan oleh ustaz ikram. cuak jugak kot la xmampu nak menjawab. tapi alhamdulillah, boleh jugak jawab walaupun agak tersasul2....

KAWAN2,...DOAKAN KAMI BERJAYA DALAM USAHA MURNI SEPERTI INI YER. BUKAN SAHAJA KAMI, TAPI KITA SEMUA! SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA... UMAT ISLAM BERJAYA!
AMINNNNNN~

Kem BiStArI SolaT FaSa 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya KAMI berjaya menjalankan satu lagi KEM BISTARI SOLAT untuk tahun ini.
Bagi kali ini, murid2 yang terlibat adalah seramai 82 orang yang terdiri dari murid-murid tahun 1A, 1B, 2B, 3B dan 5B.
Kami memulakan aktiviti KBS ini dengan acara yang agak santai terlebih dahulu iaitu dengan mengadakan permainan "LONTARAN JAMRAH". Untuk aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada lebih kurang 20 orang murid. setiap kumpulan akan diselia oleh seorang fasilitator yang kesemuanya dari Panitia Agama Islam SKBP.
permainan lontaran jamrah ini, tidak ubah seperti permainan bola beracun, tetapi ianya menggunakan belon yang berisi air. setiap murid yang terkena lontaran dianggap mati dan keluar dari bulatan. bezanya di sini, kami tetap menerapkan dan menitik beratkan tujuan asal kem iaitu ilmu SOLAT.
permainan ini bukan sekadar permainan semata. kami turut menyediakan beberapa soalan berkenaan wuduk dan solat kepada murid sepanjang permainan berjalan. seorang wakil kumpulan akan diajukan dengan soalan yang telah disediakan, dan jika berjaya menjawabnya, seorang rakan mereka yang telah mati permainannya layak diseap masuk kembali.
dari apa yang kami lihat, murid2 ini seronok dan memberi kerjasama yang baik sepanjang permainan berjalan.


seusai tamat permainan, aktiviti diteruskan dengan penerangan bab wudhu'. berbagai aktiviti dibuat bagi memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu wuduk dengan sebaiknya. daripada soalan2 secara spontan hinggalah lakonan dan kuiz berkenaan wudhu' diajukan, alhamdulillah, kami mendapati sebahagian besar murid dapat melakukannya dengan baik. cumanya, ketika praktikal wudhu' berjalan, didapati masih ade jugak murid-murid yang masih tertanya-tanya urutan anggota wudhu' yang sepatutnya.

selepas menjamu selera dengan hidangan nasi goreng yang ditempah khas dari kantin sekolah, kem diteruskan dengan slot 'tatacara solat'. sejujurnya...,kami amat sedih bila melihat kebanyakan dari murid-murid ini tidak tahu solat n tidak dititik beratkan dengan ibadah solat. lebih menyedihkan, kami tidak mampu untuk menyempurnakan slot tatacara solat ini hingga akhirnya kerana kami terhenti pada lafaz niat solat fardhu. kami terpaksa mengambil masa yang terlalu panjang untuk memastikan murid-murid dapat menguasai lafaz niat ini. sehingga tamat waktu kem berjalan, tetap masih ada lebih dari 5 orang murid yang tidak mampu menguasai.

secara ikhlas, kami kasihan dengan nasib anak-anak ini jika mereka terus menginjak usia dewasa dalam keadaan tidak tahu solat n tidak menunaikan solat. insyaalah, kami akan cuba mencari masa terbaik untuk mengadakan satu lagi KBS untuk 82 orang murid ini agar ilmu yang dicurahkan tidak hanya separuh jalan.
kami berharap kami akan berjaya dalam usaha kami ini.

YA ALLAH....BERI KAMI KEKUATAN DAN KEIKHLASAN~

dibawah ini, sebahagian dari gambar2 aktiviti outdor yang kami jalankan. ianya tidak termasuk sesi penerangan di dalam makmal.
insyaallah, pihak kami akan berusaha meng'upload' lagi sebahagian gambar sewaktu sesi perbincangan dan teori. insyaallah.........



setiap murid berdebar2 menantikan nama masing-masing disebut untuk pembahagian kumpulan. relax la dik...,mmg semua kene campur2. xboleh pilih kawan2 sendiri.




permainan lontaran jamrah telah bermula. tengoklah aksi mereka tu, bukan setakat murid-murid je yang seronok, cikgunye pn xlepaskan peluang main sama.




antara belon2 yang bakal digunakan untuk permainan lontaran jamrah. cuba lihat..., dengan bangganya murid-murid ini memegang belon masing2 dengan harapan lontaran mengena. tapi.....kene ker????? hahahaha...




praktikal wudhuk bersama fasilitator masing2.




sempat pulak la diaorang di berposing sebelum kem bermula.... xpe la, asal korang enjoy dan tak rasa kem ni bosan utk korang dah la.....

Khamis, 8 Julai 2010

BeLuM SmPt BerkaRyA...

assalamualaikum...,salam sejahtera n salam satu Malaysia.
dah lama sangat rasanya admin 'semangat kami' tak mencoretkan sesuatu di blog panitia ini... kekangan masa dan bebanan tugas kadangkala membataskan pergerakan jari jemari utk bergerak di laptop usang ini...
kembali pada cerita PANITIA AGAMA & JQAF SK BANDAR PALOH, rasanya dlam jangkamas baru2 ni, xbanyak aktiviti yang kami jalankan. setakat aktiviti mingguan, seperti biasa lah perjalanannye. alhamdulillah, kami tak menghadapi masalah untuk menguruskannya, lebih2 lagi dengan bantuan rakan2 sejawatan yang lain.
alhamdulillah, semalam ( 8.7.2010), kami berjaya manjalankan satu lagi siri KEM BISTARI SOLAT yang sudah lama dirancangkan tetapi hanya mampu menjadi kenyataan pada tanggal tersebut. kami boleh mengatakan perjalanan kem berjalan dengan baik sebagaima yang dirancang. tidak menghadapi sebarang masalah samada dari segi kewangan mahupun tenaga kerja. alhamdulillah.....
untuk maklumat lanjut n laporan perjalanan KBS kali ini, insyaallah saya akan masukkan selewat2nya esok. sekarang masih dalam proses editing pictures!
terima kasih semua.....