
Program Solat hajat dan Bacaan Yasin bagi murid-murid tahun 6. Ini merupakan salah satu program peningkatan UPSR yang dijalankan oleh panitia agama. Program ini di bawah pengelolaan ketua panitia, Ustz Mohd Azam bin Mahat.

Murid-murid tahun 6 membaca surah yasin selepas menunaikan solat sunat hajat.

Aktiviti pemulihan solat bagi murid-murid lemah.

Aktiviti ini dijalankan di makmal komputer dengan bantuan En Mastahir bin Md Amin.

Program PAFA. Terima kasih diucapkan kepada En. Ramlan bin Md Salihan kerana sudi membantu menjayakan program ini setiap minggu. Murid-murid diperingatkan dengan maklumat-maklumat PAFA yang telah mereka pelajari di dalam kelas.
SEMOGA KAMI TERUS BERSEMANGAT UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK INI MENJADI INSAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG SEJAJAR DENGAN APA YANG DI PERINTAHKAN DALAM ISLAM. INSYAALLAH......AMIN~
DIHARAPKAN SEBARANG PERSELISIHAN PENDAPAT YANG PERNAH BERLAKU, TIDAK MENCACATKAN KEHARMONIAN DAN KERJASAMA "SEMANGAT KAMI" YANG BAIK SEBELUM INI~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan