CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 5 April 2010

Maulidur Rasul 1431 [ part 1 ]

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431/2010


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH
SEK KEB BANDAR PALOH
1431H

TARIKH:
22MAC 2010-26 MAC 2010

TEMPAT:
SEK. KEB. BANDAR PALOH

ANJURAN:
PANITIA AGAMA ISLAN & UNIT j-QAF


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


FALSAFAH SEKOLAH
Gigih berusaha sama menuju kecemerlangan ko-kurikulum, kurikulum dan sahsiah dikalangan semua pelajar dengan bimbingan guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

WAWASAN SEKOLAHMelahirkan warga sekolah yang berwawasan, berketerampilan dan dedikasi dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

VISI SEKOLAHMelahirkan pelajar yang celik dan cemerlang dalam ko-kurikulum dan kurikulum beserta sahsiah yang baik.

MISI SEKOLAHBerusaha berterusan untuk mendidik dan membimbing pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan ko-kurikulum dan kurikulum. Melahirkan pelajar yang cemerlang, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mencapai tahap sekolah berkesan.

MATLAMAT SEKOLAH

- Melahirkan warga sekolah yang berwawasan, berketerampilan dan dedikasi dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
- Melahirkan murid-murid yang celik membaca,menulis dan mengira, cemerlang dalam ko-kurikulum dan kurikulum serta mempunyai sahsiah yang baik.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri,masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

MISI PENDIDIKAN ISLAM

Berusaha membimbing pelajar supaya dapat mengusai ilmu Al-Quran, Fardu Ain dan Jawi serta mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan seharian secara berterusan.

VISI PENDIDIKAN ISLAM

Melahirkan pelajar yang berpribadi unggul, berilmu dan beramal mengikut syariat Islam.

MISI j-QAF

Pembentukan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal soleh berdasarkan Al-Quran dan Sunnah kea rah hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa bagi mencapai kebaikkan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

VISI j-QAF

1. melahirkan murid yang boleh membaca Al-Quran
2. menamkan minat cintakan jawi dalam diri murid
3. menanamkan minat murid untuk menguasai Bahasa Arab
4. melahirkan murid yang mengamalkan Fardu Ain yang sempurna dalam kehidupan seharian.


1.0 Pengenalan
Saban tahun umat Islam meraikan hari kelahiran nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Bagi memupuk semangat cintakan nabi dan menjadikan baginda sebagai contoh tauladan yang unggul, pihak sekolah dengan rasa tanggungjawab akan melaksanakan sambutan ini di peringkat sekolah.

2,0 Matlamat program
Matlamat program ini ialah, menimbulkan rasa kasih dan sayang warga SK Bandar Paloh ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta mencontoi akhlak baginda di dalam kehidupan seharian.

3.0 Objektif
3.1 Memupuk rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.
3.2 Berusaha meneladani akhlak baginda
3.3 Membina ukhuwah yang mantap sesama rakan, guru-guru dan staf dan masyarakat setempat.

4.0 Sasaran
Warga SK Bandar Paloh

5.0 Tempat
Dewan SK Bandar Paloh

6.0 Tarikh
26 Mac 2010

7.0 Aktiviti
7.1 Pertandingan Mewarna
7.2 Pameran Sirah Junjungan
7.3 Kuiz
7.4 Lagu selawat semasa rehat
7.5 Nasyid
7.6 Berzanji & Selawat
7.7 Forum
7.8 Jamuan

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Pendapatan Perbelanjaan
1. Sekolah
(RM 3.50 x 250 murid)

RM 875.00 Hadiah Pertandingan RM 100.00
2. Sumbangan guru & staf
(RM 15 x 28)

RM 420.00 Jamuan RM 1500.00
3. Sumbangan ibu bapa
RM 250.00 Alatan RM 100.00
4. Panitia RM 155.00
JUMLAH RM 1700.00 RM 1700.00


9.0 Tentatif Program
22 Mac 2010
: Perlancaran Minggu Maulidur Rasul
: Pameran Sirah Junjungan *
: Lagu selawat semasa rehat *
: Latihan nasyid dan berzanji *

23 Mac 2010 : Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
: ( serta aktiviti *)

24 Mac 2010 : Kuiz (tahap 2)
: ( serta aktiviti *)

25 Mac 2010 : Mengemas dewan
: ( serta aktiviti *)

26 Mac 2010
7.30 pg : Alunan Asmaul Husna
: Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar
8.00 pg : berzanji & selawat
8.30 pg : Forum
: Tajuk : Rasulullah s.a.w. sebagai ikon terbaik
9.30 pg : persembahan nasyid
10.00 pg : Penyampaian hadiah
10.30 pg : Jamuan
11.00 pg : Mengemas dewan
12.00 tgh : majlis bersurai

10.0 Penutup
Adalah diharapkan agar program ini akan mendapat kerjasama semua warga sekolah. Semoga segala jasa baik yang kita lakukan agar diterima oleh sebagai satu ibadah dan diberikan ganjaran yang setimpal.

“Rasulullah ikutan sepanjang zaman”

Disediakan oleh,

…………………………..
Cik Rozimah bt Muhammad Nor
Penyelaras
Minggu Maulidur Rasul 2010


AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :Tn. Hj. Ahmad b. Kamari
Naib Pengerusi :Tn. Hj Saim b. Abd. Rahim (GPK 1)
:Pn. Normala (GPK HEM)
:Tn. Hj. Sairi b. Sayuti (GPK koku)

Penyelaras : Ustazah Rozimah bt. Muhammad Nor

Timb. Penyelaras : Ustaz. Mohd Azam Mahat
Setiausaha :Ustazah Mahani bt. Ahmad
Bendahari : Ustaz Nur Ikran bin Abd Raub


UNIT-UNIT

1. FORUM
• En. Masztahir bin Md Amin (Moderator)
• En. Mohd Azam Mahat (panel)
• Us. Nur Ikram b. Abd. Raub (panel)
2. PAMERAN SIRAH JUNJUNGAN
• En. Mohd Azam Mahat

3. PERSEMBAHAN NASYID
• En. Ramlan b. Salihan
• Pn. Noor Saadiah bt. Mohd Nor

5. SUSUN ATUR DEWAN
• En Mohd Khazim b. Abd Wahab
• En Saidin bin Saperi
• Cik Aida Rahayu binti

6. JAMUAN GURU / BUNGKUSAN
• Pn. Nurfaridah Fong Abdullah
• Pn. Tan Peck Geok
• Cik Marfuah bt. Basri
• Pn Erny Mazura

7. LATARBELAKANG
• En. Ahmad Fauzi b. Sabikis

8. BUKU PROGRAM
• Ustzh Rozimah bt. Mohd Nor

9. JURU AUDIO
• En. Zailan b. Sukri
• En. Ramlan b. Salihan

10. KAWALAN MURID
• En. Ramlan bin Md Salihan
• En. Too Ah Koon
• Pn Suzyana bt Zakaria
• Pn Farrah Ellisa bt Rusli

11. PENGERUSI MAJLIS
• Cik Rozimah Muhammad Nor

12. BACAAN DOA
• Mohd Azri Bin Mustaffa

13. JAMUAN MURID
• Pn. Roznee bt Abd KAdir
• Pn. Faridah Fong Abdullah
• Pn. Mazlina bt. Ibrahim

14. PERAKAM PERISTIWA
• En Ali Abd Raman bin Hairaddin

15. KEBERSIHAN / MENGEMAS
• En. Zainol Aman b. Mamat
• Semua guru,kakitangan dan pekerja sekolah


MENU CADANGAN
1. NASI :
• Nasi Tomato

2. LAUK
• Ayam masak merah
• Dalca
• Acar mentah

3. BUAH
• Tembikai

4. AIR
• Sirap limau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan