CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 2 November 2010

lama tak bersua....

syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan menghirup udara segar...
lebih 3bulan rasanya jari jemari admin tak menyentuh blog ini... bukan malas.., bukan jugak tidak ada aktiviti yang perlu dikongsikan.., bahkan terlalu banyak aktiviti yang telah panitia lakukan sepanjang 3 bulan ini.... ape yang membuatkan admin tak berupaya untuk meringankan jari jemari untuk mengetuk keyboard adalah kekangan masa dan masalah "mood" yang agak tak stabil... hahahaah...
sebenarnya hari ni kami baru selesai acara sukaneka peringkat sekolah... alhamdulillah, ade la jugak acara sukan bagi tahun ni walaupun kecik2 aje.. bak kate penyelarasnye " just for fun' hahaha...
minggu depan insyaallah panitia akan ada satu program iaitu "PROGRAM KEM BISTARI SOLAT FASA 4 BERSAMA IMAM MUDA".. selang seminggu lepas tu pulak satu lagi program besar akan kami buat iaitu " PROGRAM PENGHAYATAN QURBAN DAN AIDILADHA"... insyaallah kalau Allah masih memberi kami kesempatan untuk bernyawa lagi tika dan saat irtu maka akan berjalanlah kedua2 program iru dengan keizinanNya...
butiran kedua2 aktiviti ini akan kami perincikan lagi kemudia.. kena lah program jalan dulu, baru boleh cerita.. kalaau tak.., xbest la kan????
kita bersua lagi kemudian...
assalamualaikum....

Jumaat, 9 Julai 2010

Kem BiStArI SolaT [ next part ]

assalamualaikum....

bersua sekali lagi untuk meneruskan penceritaan dan laporan KEM BISTARI SOLAT yang baru sahaja berlangsung. sebagaimana yang dijanjikan, KAMI telah meng'upload' sebahagian lagi gambar2 sewaktu KBS berjalan.

kali ini, gambar2 sewaktu aktiviti penerangan yang dijalankan di dalam makmal komputer SKBP..., terima kasih pada pihak sekolah n makmal yang memberi keizinan untuk KAMI menggunakan tempat mereka untuk aktiviti ini.

tapi.......kenapa ada gambar 2orang ustaz n seorang ustazah sahaja yerk? katanya 4 orang fasilitator yang terlibat???.... ha, jgn salah faham, sebenarnya cikgu yang sorang lagi tu bukan xde dalam aktiviti KBS kali ni, malah dia sentiasa ada bersama. tapi nak buat macam mana, kalau yang ambil gambar tu dia sendiri... hahahahahah... xkan la nak letak gambar sndiri kan....

ok lah..., inilah dia sebahagian gambar2 yang sempat kami upload sekali lagi untuk tontonan semua...



amboi ustaz ikram..., garangnyer! siap pegang rotan lagi tu... ustazah mahani tgk jerk.. risau gak, nanti xpasal2 dia sekali pn kene libas jugak. hahahahaha.... tp dont wory, ustz ikram tu baik..., acah je tu.. [ye ke ikram????]hehehe..




saat2 yang mendebarkan dada murid-murid yang masih belum dapat menghafal lafaz niat solat zuhur dan asar. alamak...,takutnyer ngan ustaz azam. rilex la ustaz, jgn marah2. kalau ustaz marah, lagi kitaorang xterkeluar suara....




latih tubi amali wuduk sebelum murid-murid ini dibawa ke tempat berwuduk oleh fasilitator masing2... ala, kacang je la ustaz amik wuduk tu... hahaha




ketua kumpulan beraksi di hadapan bagi menunjukkan kehebatan masing2. kumpulan mana yang paling sedikit kesalahannya, dialah yang bakal jd juara... kumpulan mana la yang akan menang agaknye yek???




berderau darah si Ayish n Norizwan bila ditanya secara spontan oleh ustaz ikram. cuak jugak kot la xmampu nak menjawab. tapi alhamdulillah, boleh jugak jawab walaupun agak tersasul2....

KAWAN2,...DOAKAN KAMI BERJAYA DALAM USAHA MURNI SEPERTI INI YER. BUKAN SAHAJA KAMI, TAPI KITA SEMUA! SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA... UMAT ISLAM BERJAYA!
AMINNNNNN~

Kem BiStArI SolaT FaSa 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya KAMI berjaya menjalankan satu lagi KEM BISTARI SOLAT untuk tahun ini.
Bagi kali ini, murid2 yang terlibat adalah seramai 82 orang yang terdiri dari murid-murid tahun 1A, 1B, 2B, 3B dan 5B.
Kami memulakan aktiviti KBS ini dengan acara yang agak santai terlebih dahulu iaitu dengan mengadakan permainan "LONTARAN JAMRAH". Untuk aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada lebih kurang 20 orang murid. setiap kumpulan akan diselia oleh seorang fasilitator yang kesemuanya dari Panitia Agama Islam SKBP.
permainan lontaran jamrah ini, tidak ubah seperti permainan bola beracun, tetapi ianya menggunakan belon yang berisi air. setiap murid yang terkena lontaran dianggap mati dan keluar dari bulatan. bezanya di sini, kami tetap menerapkan dan menitik beratkan tujuan asal kem iaitu ilmu SOLAT.
permainan ini bukan sekadar permainan semata. kami turut menyediakan beberapa soalan berkenaan wuduk dan solat kepada murid sepanjang permainan berjalan. seorang wakil kumpulan akan diajukan dengan soalan yang telah disediakan, dan jika berjaya menjawabnya, seorang rakan mereka yang telah mati permainannya layak diseap masuk kembali.
dari apa yang kami lihat, murid2 ini seronok dan memberi kerjasama yang baik sepanjang permainan berjalan.


seusai tamat permainan, aktiviti diteruskan dengan penerangan bab wudhu'. berbagai aktiviti dibuat bagi memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu wuduk dengan sebaiknya. daripada soalan2 secara spontan hinggalah lakonan dan kuiz berkenaan wudhu' diajukan, alhamdulillah, kami mendapati sebahagian besar murid dapat melakukannya dengan baik. cumanya, ketika praktikal wudhu' berjalan, didapati masih ade jugak murid-murid yang masih tertanya-tanya urutan anggota wudhu' yang sepatutnya.

selepas menjamu selera dengan hidangan nasi goreng yang ditempah khas dari kantin sekolah, kem diteruskan dengan slot 'tatacara solat'. sejujurnya...,kami amat sedih bila melihat kebanyakan dari murid-murid ini tidak tahu solat n tidak dititik beratkan dengan ibadah solat. lebih menyedihkan, kami tidak mampu untuk menyempurnakan slot tatacara solat ini hingga akhirnya kerana kami terhenti pada lafaz niat solat fardhu. kami terpaksa mengambil masa yang terlalu panjang untuk memastikan murid-murid dapat menguasai lafaz niat ini. sehingga tamat waktu kem berjalan, tetap masih ada lebih dari 5 orang murid yang tidak mampu menguasai.

secara ikhlas, kami kasihan dengan nasib anak-anak ini jika mereka terus menginjak usia dewasa dalam keadaan tidak tahu solat n tidak menunaikan solat. insyaalah, kami akan cuba mencari masa terbaik untuk mengadakan satu lagi KBS untuk 82 orang murid ini agar ilmu yang dicurahkan tidak hanya separuh jalan.
kami berharap kami akan berjaya dalam usaha kami ini.

YA ALLAH....BERI KAMI KEKUATAN DAN KEIKHLASAN~

dibawah ini, sebahagian dari gambar2 aktiviti outdor yang kami jalankan. ianya tidak termasuk sesi penerangan di dalam makmal.
insyaallah, pihak kami akan berusaha meng'upload' lagi sebahagian gambar sewaktu sesi perbincangan dan teori. insyaallah.........



setiap murid berdebar2 menantikan nama masing-masing disebut untuk pembahagian kumpulan. relax la dik...,mmg semua kene campur2. xboleh pilih kawan2 sendiri.




permainan lontaran jamrah telah bermula. tengoklah aksi mereka tu, bukan setakat murid-murid je yang seronok, cikgunye pn xlepaskan peluang main sama.




antara belon2 yang bakal digunakan untuk permainan lontaran jamrah. cuba lihat..., dengan bangganya murid-murid ini memegang belon masing2 dengan harapan lontaran mengena. tapi.....kene ker????? hahahaha...




praktikal wudhuk bersama fasilitator masing2.




sempat pulak la diaorang di berposing sebelum kem bermula.... xpe la, asal korang enjoy dan tak rasa kem ni bosan utk korang dah la.....

Khamis, 8 Julai 2010

BeLuM SmPt BerkaRyA...

assalamualaikum...,salam sejahtera n salam satu Malaysia.
dah lama sangat rasanya admin 'semangat kami' tak mencoretkan sesuatu di blog panitia ini... kekangan masa dan bebanan tugas kadangkala membataskan pergerakan jari jemari utk bergerak di laptop usang ini...
kembali pada cerita PANITIA AGAMA & JQAF SK BANDAR PALOH, rasanya dlam jangkamas baru2 ni, xbanyak aktiviti yang kami jalankan. setakat aktiviti mingguan, seperti biasa lah perjalanannye. alhamdulillah, kami tak menghadapi masalah untuk menguruskannya, lebih2 lagi dengan bantuan rakan2 sejawatan yang lain.
alhamdulillah, semalam ( 8.7.2010), kami berjaya manjalankan satu lagi siri KEM BISTARI SOLAT yang sudah lama dirancangkan tetapi hanya mampu menjadi kenyataan pada tanggal tersebut. kami boleh mengatakan perjalanan kem berjalan dengan baik sebagaima yang dirancang. tidak menghadapi sebarang masalah samada dari segi kewangan mahupun tenaga kerja. alhamdulillah.....
untuk maklumat lanjut n laporan perjalanan KBS kali ini, insyaallah saya akan masukkan selewat2nya esok. sekarang masih dalam proses editing pictures!
terima kasih semua.....

Sabtu, 8 Mei 2010

SeLaMat HaRi Ibu....









هذه الأغنية خاصة لكل الأمهات في هذه الدنيا


Ummi Yalahnan ’Asyaqohu
Wansyidan Dauman Ansyuduhu
Fikulli Makanin Adzkuruhu…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ummi Yalahnan ’Asyaqohu
Wansyidan Dauman Ansyuduhu
Fikulli Makanin Adzkuruhu
Wa Adzhollu Adzollu Uroddiduhu

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ummi Ya Ruuhi Wa Hayati
Ya Bahjatan Nafsi Wal Munati
Unsi Fil Hadhiri Wal Ati
Unsi Fil Hadhiri Wal Ati

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Allahu Ta’ala Aushoni
Fissirri Walau Fil ’Ilani
Bilbirri Laki Wal Ihsani
Bilbirri Laki Wal Ihsani

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…

Ismuki Man Khusyun Fi Qolbi
Hubbuki Yahdiini Fi Darbi
Wadhu’aiyah Fadzuki Robbi
Wadhu’aiyah Fadzuki Robbi

Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…
Ummi… Ummi… Ummi… Ummi…



KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU KHAS BUAT IBU-IBU KAMI DAN JUGA SEMUA WANITA YANG BERGELAR IBU.

أمي....أمي
إنكِ رأس قلبي
حينما كنتُ محزونا
انتِ تفرحني دائما
أمي.....أمي
إنكِ رأس قلبي

Ahad, 2 Mei 2010

Aktiviti Kami Setiap Jumaat ~

Ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Agama setiap hari Jumaat di SK Bandar Paloh. Terdapat satu lagi aktiviti wajib kami setiap jumaat yang tidak terdapat di dalam gambar2 di bawah. aktiviti tersebut ialah bacaan ayat suci alquran yang dijalankan khas untuk semua guru muslim di sekolah ini.




Program Solat hajat dan Bacaan Yasin bagi murid-murid tahun 6. Ini merupakan salah satu program peningkatan UPSR yang dijalankan oleh panitia agama. Program ini di bawah pengelolaan ketua panitia, Ustz Mohd Azam bin Mahat.




Murid-murid tahun 6 membaca surah yasin selepas menunaikan solat sunat hajat.




Aktiviti pemulihan solat bagi murid-murid lemah.





Aktiviti ini dijalankan di makmal komputer dengan bantuan En Mastahir bin Md Amin.




Program PAFA. Terima kasih diucapkan kepada En. Ramlan bin Md Salihan kerana sudi membantu menjayakan program ini setiap minggu. Murid-murid diperingatkan dengan maklumat-maklumat PAFA yang telah mereka pelajari di dalam kelas.



SEMOGA KAMI TERUS BERSEMANGAT UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK INI MENJADI INSAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG SEJAJAR DENGAN APA YANG DI PERINTAHKAN DALAM ISLAM. INSYAALLAH......AMIN~

DIHARAPKAN SEBARANG PERSELISIHAN PENDAPAT YANG PERNAH BERLAKU, TIDAK MENCACATKAN KEHARMONIAN DAN KERJASAMA "SEMANGAT KAMI" YANG BAIK SEBELUM INI~

Isnin, 12 April 2010

Maulidur Rasul 1431 [ part 5 ]

~GAMBARAN DI SEBALIK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431~













Ini sebahagian dari gambaran apa yang berlaku sepanjang majlis berlangsung. secara keseluruhan, semua murid dan guru gembira dari kaca mata kami dan diharap itulah juga apa yang ada di dalam hati mereka semua. sebarang kesilapan, kesalahan dan kesulitan kami mohon jutaan kemaafan....
terima kasih atas segala sumbangan anda, samada dari segi kewangan, tenaga dan juga masa....

Ahad, 11 April 2010

Maulidur Rasul 1431 [ part 4 ]

snap2 cantik sepanjang majlis berlangsung~ huhuhu :-D



serius seh muka ketua panitia kiter... ye la, takut majlis tak berjalan seperti yang telah dirancang agaknye..heheh





salah seorang ahli panel kiter sedang berbincang dengan penuh bersemangat dengan moderator forum. ape la agaknye yang diaorang bincangkan tu agaknye~





antara juadah2 yang terhidang sewaktu majlis berjalan... erm...,sedapnyer~





orang kuat yang terpaksa memastikan PA System dalam keadan baik tanpa sebarang gangguan yang boleh spoil majlis.




konduktor muzik yang bersusah payah melatih kumpulan nasyid yang membuat persembahan.

Maulidur Rasul 1431 [ part 3 ]

Tokoh Maulidur Rasul 1431/ 2010




Tokoh Maulidur Rasul Kategori Lelaki:
- Muhammad Azri Bin Muhamad Mustaffa ( kelas 6 Arif )


Tokoh Maulidur Rasul Kategori Perempuan:
-Ahsyaera Binti Ahmad ( Kelas 5 Arif )

kedua-dua murid ini telah dinobatkan sebagai TOKOH MAULIDUR RASUL berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Panitia Agama Islam sendiri. Untuk dinobatkan sebagai tokoh, murid mestilah seimbang dari semua sudut termasuklah sahsiah, peribadi, akhlak dan juga akademik.

Khamis, 8 April 2010

Maulidur Rasul 1431 [ part 2 ]





ini adalah pamplet yang kami sediakan untuk semua guru sewaktu majlis berlangsung~





"book mark" ni kami buat sendiri tau... cantik kan~ hehehe






alhamdulillah, panitia ada sedikit duit lebih hasil sumbangan banyak pihak. sebagai penghargaan, kami berikan satu keychain kepada setiap kakitangan sekolah.

jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak...
شكرا جزيلا على حسن مساعدتكم

Isnin, 5 April 2010

Maulidur Rasul 1431 [ part 1 ]

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431/2010


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH
SEK KEB BANDAR PALOH
1431H

TARIKH:
22MAC 2010-26 MAC 2010

TEMPAT:
SEK. KEB. BANDAR PALOH

ANJURAN:
PANITIA AGAMA ISLAN & UNIT j-QAF


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


FALSAFAH SEKOLAH
Gigih berusaha sama menuju kecemerlangan ko-kurikulum, kurikulum dan sahsiah dikalangan semua pelajar dengan bimbingan guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

WAWASAN SEKOLAHMelahirkan warga sekolah yang berwawasan, berketerampilan dan dedikasi dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

VISI SEKOLAHMelahirkan pelajar yang celik dan cemerlang dalam ko-kurikulum dan kurikulum beserta sahsiah yang baik.

MISI SEKOLAHBerusaha berterusan untuk mendidik dan membimbing pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan ko-kurikulum dan kurikulum. Melahirkan pelajar yang cemerlang, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mencapai tahap sekolah berkesan.

MATLAMAT SEKOLAH

- Melahirkan warga sekolah yang berwawasan, berketerampilan dan dedikasi dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
- Melahirkan murid-murid yang celik membaca,menulis dan mengira, cemerlang dalam ko-kurikulum dan kurikulum serta mempunyai sahsiah yang baik.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri,masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

MISI PENDIDIKAN ISLAM

Berusaha membimbing pelajar supaya dapat mengusai ilmu Al-Quran, Fardu Ain dan Jawi serta mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan seharian secara berterusan.

VISI PENDIDIKAN ISLAM

Melahirkan pelajar yang berpribadi unggul, berilmu dan beramal mengikut syariat Islam.

MISI j-QAF

Pembentukan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal soleh berdasarkan Al-Quran dan Sunnah kea rah hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa bagi mencapai kebaikkan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

VISI j-QAF

1. melahirkan murid yang boleh membaca Al-Quran
2. menamkan minat cintakan jawi dalam diri murid
3. menanamkan minat murid untuk menguasai Bahasa Arab
4. melahirkan murid yang mengamalkan Fardu Ain yang sempurna dalam kehidupan seharian.


1.0 Pengenalan
Saban tahun umat Islam meraikan hari kelahiran nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Bagi memupuk semangat cintakan nabi dan menjadikan baginda sebagai contoh tauladan yang unggul, pihak sekolah dengan rasa tanggungjawab akan melaksanakan sambutan ini di peringkat sekolah.

2,0 Matlamat program
Matlamat program ini ialah, menimbulkan rasa kasih dan sayang warga SK Bandar Paloh ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta mencontoi akhlak baginda di dalam kehidupan seharian.

3.0 Objektif
3.1 Memupuk rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.
3.2 Berusaha meneladani akhlak baginda
3.3 Membina ukhuwah yang mantap sesama rakan, guru-guru dan staf dan masyarakat setempat.

4.0 Sasaran
Warga SK Bandar Paloh

5.0 Tempat
Dewan SK Bandar Paloh

6.0 Tarikh
26 Mac 2010

7.0 Aktiviti
7.1 Pertandingan Mewarna
7.2 Pameran Sirah Junjungan
7.3 Kuiz
7.4 Lagu selawat semasa rehat
7.5 Nasyid
7.6 Berzanji & Selawat
7.7 Forum
7.8 Jamuan

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Pendapatan Perbelanjaan
1. Sekolah
(RM 3.50 x 250 murid)

RM 875.00 Hadiah Pertandingan RM 100.00
2. Sumbangan guru & staf
(RM 15 x 28)

RM 420.00 Jamuan RM 1500.00
3. Sumbangan ibu bapa
RM 250.00 Alatan RM 100.00
4. Panitia RM 155.00
JUMLAH RM 1700.00 RM 1700.00


9.0 Tentatif Program
22 Mac 2010
: Perlancaran Minggu Maulidur Rasul
: Pameran Sirah Junjungan *
: Lagu selawat semasa rehat *
: Latihan nasyid dan berzanji *

23 Mac 2010 : Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
: ( serta aktiviti *)

24 Mac 2010 : Kuiz (tahap 2)
: ( serta aktiviti *)

25 Mac 2010 : Mengemas dewan
: ( serta aktiviti *)

26 Mac 2010
7.30 pg : Alunan Asmaul Husna
: Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar
8.00 pg : berzanji & selawat
8.30 pg : Forum
: Tajuk : Rasulullah s.a.w. sebagai ikon terbaik
9.30 pg : persembahan nasyid
10.00 pg : Penyampaian hadiah
10.30 pg : Jamuan
11.00 pg : Mengemas dewan
12.00 tgh : majlis bersurai

10.0 Penutup
Adalah diharapkan agar program ini akan mendapat kerjasama semua warga sekolah. Semoga segala jasa baik yang kita lakukan agar diterima oleh sebagai satu ibadah dan diberikan ganjaran yang setimpal.

“Rasulullah ikutan sepanjang zaman”

Disediakan oleh,

…………………………..
Cik Rozimah bt Muhammad Nor
Penyelaras
Minggu Maulidur Rasul 2010


AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :Tn. Hj. Ahmad b. Kamari
Naib Pengerusi :Tn. Hj Saim b. Abd. Rahim (GPK 1)
:Pn. Normala (GPK HEM)
:Tn. Hj. Sairi b. Sayuti (GPK koku)

Penyelaras : Ustazah Rozimah bt. Muhammad Nor

Timb. Penyelaras : Ustaz. Mohd Azam Mahat
Setiausaha :Ustazah Mahani bt. Ahmad
Bendahari : Ustaz Nur Ikran bin Abd Raub


UNIT-UNIT

1. FORUM
• En. Masztahir bin Md Amin (Moderator)
• En. Mohd Azam Mahat (panel)
• Us. Nur Ikram b. Abd. Raub (panel)
2. PAMERAN SIRAH JUNJUNGAN
• En. Mohd Azam Mahat

3. PERSEMBAHAN NASYID
• En. Ramlan b. Salihan
• Pn. Noor Saadiah bt. Mohd Nor

5. SUSUN ATUR DEWAN
• En Mohd Khazim b. Abd Wahab
• En Saidin bin Saperi
• Cik Aida Rahayu binti

6. JAMUAN GURU / BUNGKUSAN
• Pn. Nurfaridah Fong Abdullah
• Pn. Tan Peck Geok
• Cik Marfuah bt. Basri
• Pn Erny Mazura

7. LATARBELAKANG
• En. Ahmad Fauzi b. Sabikis

8. BUKU PROGRAM
• Ustzh Rozimah bt. Mohd Nor

9. JURU AUDIO
• En. Zailan b. Sukri
• En. Ramlan b. Salihan

10. KAWALAN MURID
• En. Ramlan bin Md Salihan
• En. Too Ah Koon
• Pn Suzyana bt Zakaria
• Pn Farrah Ellisa bt Rusli

11. PENGERUSI MAJLIS
• Cik Rozimah Muhammad Nor

12. BACAAN DOA
• Mohd Azri Bin Mustaffa

13. JAMUAN MURID
• Pn. Roznee bt Abd KAdir
• Pn. Faridah Fong Abdullah
• Pn. Mazlina bt. Ibrahim

14. PERAKAM PERISTIWA
• En Ali Abd Raman bin Hairaddin

15. KEBERSIHAN / MENGEMAS
• En. Zainol Aman b. Mamat
• Semua guru,kakitangan dan pekerja sekolah


MENU CADANGAN
1. NASI :
• Nasi Tomato

2. LAUK
• Ayam masak merah
• Dalca
• Acar mentah

3. BUAH
• Tembikai

4. AIR
• Sirap limau

Ahad, 28 Mac 2010

BeNgkeL jAwi [paRt 1]
















bengkel jawi ini adalah satu usaha untk membantu murid-murid agar dapat memantapkan penguasaan jawi mereka dengan lebih baik.
bengkel ini menggunakan kaedah mananiah yang agak mudah untuk kegunaan murid-murid. untuk bengkel part 1 sebagaimana di dalam gambar di atas, ianya khas untuk murid-murid tahun 6 sahaja dan waktu aktiviti dijalankan adalah pada jam 7.30pg hingga 9.00 pagi dengan bantuan 3 orang guru panitia agama islam.
dari apa yang kami lihat, kaedah mananiah ini banyak membantu murid-murid dalam penguasaan jawi mereka. bagi kelas2 lain, guru pendidikan islam yang terlibat, mengambil inisiatif tersendiri dalam menerapkan kaedah ini sewaktu pnp berjalan.
diharapkan ianya memberi kesan yang amat baik sebagaimana yang kami harapkan~
amiinn.....~

Kem BiStArI SolaT FaSa 1
















kem bistari solat fasa1 ni kami dah buat [ada bulan Februari yang lepas. tp dh blog bg siap buat, maka barulah dapat masukkan gambar2 ni.





kbs1 ni kami buat pada hari sabtu sewaktu cuti berganti. alhamdulillah semua berjalan lancar dengan kerjasama semua guru dari panitia agama islam sk bandar paloh. terima kasih atas segala sokongan guru.
untuk kbs1 ni, kami hanya menekankan cara iaitu amali dan teori berwuduk sahaja dan tidak menyentuh lagi tentang tatacara solat. insyaallah, pada fasa berikutnya, kami akan sentuh pula cara bersolat yang betul.
doakan kami semoga sentiasa bersemangat untuk meneruskan fasa2 berikutnya kem bistari solat ini.
insyaallah~

BloG BaRu KaMi

alhamdulillah...,panitia agama islam dan unit jqaf sk bandar paloh dah ada blog sendiri. lepas ni, kami akan masukkan segala aktiviti terbaru kami dan serba sedikit pictures yg kami ada kat blog baru ni...